AM > BERITA

Perlis, Empat Daerah Di Kedah Catat Gelombang Haba Tahap 2 - MetMalaysia

26/03/2026 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Seluruh Perlis dan empat daerah di Kedah mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas memaklumkan daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Sik.

Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah selain daerah Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.

Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak, Jerantut di Pahang dan Segamat di Johor.

Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan