AM > BERITA

Hanya Pemegang Permit Khas Sah Dibenar Isi petrol, Diesel Dalam Bekas Atau Tong - KPDN

26/03/2026 10:30 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengisian minyak petrol atau diesel ke dalam bekas atau tong hanya dibenarkan kepada pemegang permit khas yang sah sahaja.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, bagaimanapun permit khas dikecualikan bagi situasi kecemasan dengan had pengisian tidak melebihi 20 liter.

“Pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang,” menurut KPDN

Permohonan permit khas berkenaan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://spb.kpdn.gov.my 

Terdapat 10 kategori yang layak memohon permit khas iaitu kenderaan forklift, pengangkutan air, penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan, penyelenggaraan, pelancongan serta pembinaan berskala kecil.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Beliau bagaimanapun menegaskan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan