SEREMBAN, 26 Mac (Bernama) -- Sebanyak 568 kes kemalangan dengan tiga kematian dicatatkan di Negeri Sembilan dalam tempoh Ops Selamat 26 bagi tempoh 19 hingga 24 Mac, kata Ketua Polis negeri Datuk Alzafny Ahmad.
Beliau berkata angka itu meningkat 23 kes atau empat peratus berbanding 545 kes kemalangan dengan lima kematian yang direkodkan pada Ops Selamat 24 dari 29 Mac hingga 3 April 2025.
“Kereta penyumbang utama kes kemalangan manakala Rembau merupakan daerah merekodkan insiden kemalangan tertinggi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah saman yang dikeluarkan juga meningkat kepada 6,401 saman kali ini berbanding 5,669 saman pada Ops Selamat 24, iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial