AM > BERITA

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Nur Hanim

27/03/2026 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengarang Buletin TV9 di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa Nur Hanim Abdullah yang meninggal dunia akibat kanser hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata segala jasa dan sumbangan Allahyarham dalam dunia kewartawanan dan penyiaran negara akan sentiasa dihargai.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya baru menerima berita sedih pemergian seorang lagi petugas media sebentar tadi.  

"Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Nur Hanim Abdullah, serta rakan-rakan di Media Prima Berhad atas kehilangan insan yang amat berdedikasi, komited dalam tugas dan disenangi ramai," katanya.

Fahmi turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nur Hanim, 45, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Allahyarham yang berpengalaman lebih 22 tahun dalam bidang penyiaran dan kewartawanan mula berkhidmat di NTV7 pada 2004 sebagai wartawan dan penolong penerbit, sebelum bertugas sebagai penerbit dan pengarang Buletin TV9.

  -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan