IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika cuba memeriksa kipas bot di Lot 125B (Pelantar 10), Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, petang tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datuk dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk berhubung kejadian yang melibatkan mangsa, Pee Kian Kok, 55, pada pukul 4.26 petang.
PKOD tersebut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal kejadian, lelaki itu terjatuh semasa memeriksa kipas bot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
“APM Daerah Bagan Datuk telah menggerakkan pasukan ke tempat kejadian untuk tujuan pemantauan.
“Pada pukul 6.20 petang, pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat pemantauan di tempat kejadian. Tiada operasi pencarian dijalankan atas faktor cuaca (hujan),” menurut kenyataan itu.
PKOD memaklumkan bahawa operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 7.30 malam dan akan disambung pada pukul 8 pagi esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial