DUNIA > BERITA

CHINA DI KEDUDUKAN KETIGA DALAM NILAI PELABURAN DI NEGARA ASEAN

23/09/2024 02:26 PM

VIENTIANE, 23 Sept (Bernama-KPL) -- China menduduki tempat ketiga dalam nilai pelaburan dalam kalangan negara ASEAN, menurut Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos Malaythong Kommasith, lapor Agensi Berita Laos (KPL).

Bercakap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-23 pada Ahad yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Perdagangan China Li Fei, Malaythong menekankan hubungan ekonomi yang kukuh antara ASEAN dan China.

Pada 2023, perdagangan antara ASEAN dan China berjumlah US$702 bilion merangkumi 19.7 peratus daripada keseluruhan perdagangan ASEAN, menjadikan China sebagai rakan perdagangan terbesar di rantau ini. 

Pelaburan langsung asing (FDI) China di ASEAN mencecah US$17.3 bilion atau 7.5 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI di rantau ini, menjadikan China sebagai pelabur asing ketiga terbesar.

Malaythong turut melahirkan keyakinan terhadap kerjasama masa depan berikutan rundingan untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (FTA) kepada versi 3.0.

Mesyuarat itu turut mengkaji kemajuan kerjasama ekonomi dengan tumpuan kepada peningkatan FTA, e-dagang, dan persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN-China pada Oktober 2024.

-- BERNAMA-KPL


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan