DUNIA > BERITA

ANGKASAWAN RUSIA KEMBALI KE BUMI SELEPAS 374 HARI BERADA DI ISS

24/09/2024 11:54 AM

ISTANBUL, 24 Sept (Bernama-Anadolu) -- Dua angkasawan Rusia kembali ke Bumi selepas menghabiskan 374 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi angkasa negara itu pada Isnin.

Roscosmos menerusi platform Telegram memaklumkan kapsul Soyuz MS-25 yang membawa Oleg Kononenko dan Nikolay Chub mendarat berhampiran bandar Jezkazgan di Kazakhstan pada 2.59 petang waktu Moscow (1159GMT).

Kapsul itu turut membawa angkasawan NASA, Tracy Dyson, yang berada di orbit selama 184 hari.

Menurut Roscosmos, Kononenko dan Chub mencatat rekod paling lama berada di stesen itu.

Dengan kepulangannya, Kononenko turut mencatat rekod baharu berada di angkasa lepas dengan jumlah 1,111 hari sepanjang menyertai lima misi.

Rekod bagi tempoh keberadaan tunggal paling lama di angkasa masih dipegang oleh Valery Polyakov, yang berada di orbit selama 438 hari pada 1994-1995 di stesen angkasa Mir.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan