DUNIA > BERITA

SIDANG KEMUNCAK PERNIAGAAN DAN PELABURAN ASEAN 2024 DI VIENTIANE DARI 8 HINGGA 11 OKT

24/09/2024 03:08 PM

VIENTIANE, 24 Sept (Bernama-KPL) -- Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2024 akan berlangsung di Vientiane dari 8 hingga 11 Okt, dengan tumpuan terarah kepada enam sektor utama, lapor Agensi Berita Laos (KPL).

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Nasional Laos (LNCCI) merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN 2024, Oudet Souvannavong mengumumkan bahawa sidang kemuncak itu akan memberi keutamaan kepada pendigitalan, pembangunan mampan, pemulihan ekonomi, kesihatan, keselamatan makanan, kemudahan perdagangan dan rantaian bekalan.

Acara ini juga akan menampilkan empat mesyuarat perniagaan utama, termasuk Karnival Majlis Usahawan Muda ASEAN kesembilan, Persidangan Usahawan Wanita ASEAN, Forum Pelaburan ASEAN, dan Simposium Logistik Antarabangsa.

Anugerah Perniagaan ASEAN 2024 akan memberi penghargaan kepada perniagaan-perniagaan yang cemerlang di rantau ini.

Ahli perniagaan dijemput untuk mengambil bahagian dan pendaftaran boleh dibuat melalui https://aseanbaclaos.la/.

-- BERNAMA-KPL


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan