DUNIA > BERITA

PERDANA MENTERI BAHARU SRI LANKA ANGKAT SUMPAH

24/09/2024 09:36 PM

COLOMBO, 24 Sept (Bernama-Xinhua) -- Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa, sehari selepas Anura Kumara Dissanayake mengangkat sumpah sebagai presiden eksekutif kesembilan negara itu, lapor Xinhua.

Amarasuriya mengangkat sumpah di hadapan Dissanayake di Sekretariat Presiden di Colombo, menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah Sri Lanka.

Beliau juga mengangkat sumpah sebagai menteri Kehakiman, Pendidikan, Buruh, Industri, Sains dan Teknologi, Kesihatan, serta Pelaburan, menurut laporan media tempatan.

Setiausaha NPP Nihal Abeysinghe berkata semua ahli kabinet akan mengangkat sumpah pada petang Selasa.

Dinesh Gunawardena meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin selepas Dissanayake dipilih sebagai presiden baharu negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan