DUNIA > BERITA

ANCELOTTI TIDAK BIMBANG KECEDERAAN MBAPPE

25/09/2024 06:42 PM

MADRID, 25 Sept (Bernama-dpa) -- Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan penyerang Kylian Mbappe dalam kemenangan tipis pasukan itu ke atas Deportivo Alaves pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Dia baik-baik saja, dia hanya merasakan sedikit 'ketegangan otot yang ringan' dan meminta untuk digantikan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah,” kata Ancelotti kepada pemberita selepas kemenangan 3-2 pasukan dengan bintang Perancis itu digantikan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Menjelang pertembungan 'derbi' antara Real Madrid dan Atletico Madrid pada Ahad ini, terdapat peminat mula menyatakan rasa bimbang terhadap situasi Mbappe.

Penyerang itu telah bermain dalam setiap perlawanan untuk kelab berkenaan sejak meninggalkan Paris Saint-Germain.

Di sebalik kenyataan Ancelotti, laporan media menyatakan hamstring kiri Mbappe masih akan diperiksa dalam beberapa hari akan datang sebagai langkah berjaga-jaga.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan