DUNIA > BERITA

3 MAUT DALAM SERANGAN PISAU DI SHANGHAI

01/10/2024 12:21 PM

SHANGHAI, 1 Okt (Bernama-Xinhua) -- Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di sini pada Isnin, menurut polis tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada  9.47 malam dan segera tiba di tempat kejadian.

Suspek, seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Lin ditahan di lokasi kejadian.

Kesemua 18 mangsa segera dihantar ke hospital untuk rawatan. 

Bagaimanapun, tiga daripada mangsa meninggal dunia manakala yang lain tidak mengalami kecederaan mengancam nyawa.

Siasatan sedang dijalankan.

--BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan