DUNIA > BERITA

LALUAN PENERBANGAN TERUS QIONGHAI-KUALA LUMPUR DIBUKA

02/10/2024 05:26 PM

BEIJING, 2 Okt (Bernama-CMG) -- Pesawat OD634 kendalian syarikat penerbangan Malindo Air Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao di bandar Qionghai, provinsi Hainan pada 28 September lepas, sekali gus menandakan penerbangan terus antara Qionghai, China dengan Kuala Lumpur, Malaysia beroperasi secara rasmi.

Difahamkan, penerbangan itu dikendalikan pesawat jenis B737-Max8 pada Sabtu setiap minggu.

Penerbangan menuju ke China berlepas dari Kuala Lumpur pada 8:35 dan tiba di Qionghai pada 11:55, manakala penerbangan menuju ke Malaysia berlepas dari Qionghai pada 12:55 dan tiba di Kuala Lumpur pada 16:45. 

Beroperasinya laluan penerbangan Qionghai-Kuala Lumpur ini dipercayai sangat kondusif bagi pertukaran kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya.

Setakat ini, perkhidmatan penerbangan yang tersedia di tiga lapangan terbang di provinsi Hainan, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di bandar Haikou, Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix di bandar Sanya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Boao di bandar Qionghai merangkumi 61 laluan penerbangan penumpang yang menghubungkan 32 bandar di 18 negara dan wilayah.

BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan