DUNIA > BERITA

ASEAN LANCAR INISIATIF CELIK AI DISOKONG GERAN GOOGLE BERNILAI US$5 JUTA

02/10/2024 09:03 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 2 Okt (Bernama) -- Inisiatif ASEAN Bersedia untuk Kecerdasan Buatan (AI) yang bertujuan meningkatkan celik AI untuk lima juta belia, pendidik dan ibu bapa di seluruh rantau ini, mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Inisiatif yang dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong oleh geran US$5 juta daripada Google.org, cabang dermawan Google, dilancarkan semasa Forum Peluang AI Asia Tenggara di ibu pejabat ASEAN pada Rabu.

“Program ini akan merangkumi kempen kesedaran AI di seluruh negara dan sesi latihan melatih jurulatih untuk membantu pendidik mengintegrasikan AI ke dalam bilik darjah serta meningkatkan kemahiran pelajar dengan sumber daripada Yayasan ASEAN,” katanya.

Kao memuji Yayasan ASEAN dan Google.org atas usaha mereka, sambil menyatakan bahawa Google telah melabur lebih US$5.4 bilion dalam infrastruktur dan ruang pejabat di rantau ASEAN.

Kerjasama ini, terutamanya melalui program Go Digital ASEAN oleh Yayasan Asia, telah membantu melatih 400,000 individu dalam kemahiran digital.

Beliau turut memuji Program Celik Digital ASEAN, yang melebihi jangkaan dengan menyediakan kemahiran keselamatan dalam talian dan celik media kepada lebih daripada 190,000 individu, khususnya daripada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan termasuk belia, warga emas dan wanita.

Forum itu yang dihadiri presiden dan ketua pegawai pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat, menghimpunkan pihak berkepentingan serantau untuk membincangkan dasar AI serta meneroka manfaatnya melalui kios pengalaman interaktif.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan