DUNIA > BERITA

KES MPOX DI UGANDA MENINGKAT KEPADA 41

04/10/2024 11:15 AM

KAMPALA, 4 Okt (Bernama-Xinhua) -- Jumlah kes mpox yang disahkan di Uganda meningkat kepada 41 dalam tempoh dua minggu lalu, menurut data yang dibentangkan dalam satu konsortium serantau mengenai penyakit ini.

Timbalan komander insiden mpox di Uganda, Atek Kagirita memaklumkan kepada pakar-pakar dari Afrika Timur dan Tengah yang berkumpul di Uganda lewat Rabu untuk menghadiri “Interdisciplinary Consortium for Epidemic Research Symposium on Mpox" bahawa penularan penyakit ini semakin pesat di kawasan tengah Uganda, lapor Xinhua.

Simposium ini diadakan bagi membina kerjasama antara negara-negara serantau untuk respons yang lebih terkoordinasi terhadap wabak mpox.

"Kami kini mempunyai 41 kes yang disahkan, dan sebahagian masih dalam pengasingan," kata Kagirita.

tiada kematian dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang terus mengesan kontak rapat.

Mpox, yang juga dikenali sebagai cacar monyet merebak melalui kontak rapat, dengan simptom termasuk demam, bengkak kelenjar limfa, sakit tekak, sakit otot, ruam kulit, dan sakit belakang.

Uganda mengisytiharkan wabak mpox pada Ogos.

Pada akhir bulan Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan