DUNIA > BERITA

DUMA SAHKAN PERJANJIAN ELAK CUKAI DUA KALI ANTARA RUSIA, MALAYSIA

24/10/2024 01:10 PM

MOSCOW, 24 Okt (Bernama-TASS) -- Dewan Perwakilan Rusia, Duma mengesahkan perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Rusia dan Kerajaan Malaysia mengenai pengelakan pencukaian dua kali ke atas cukai pendapatan serta langkah pencegahan pengelakan cukai, termasuk protokol berkaitan.

Menurut agensi berita TASS, dokumen itu dibentangkan kepada  Duma oleh Kerajaan Rusia untuk disahkan.

Pada masa ini, perjanjian antara Kerajaan Kesatuan Soviet dan Kerajaan Malaysia mengenai pengelakan pencukaian dua kali ke atas cukai pendapatan masih berkuat kuasa antara Rusia dan Malaysia.

Kerajaan Rusia menegaskan bahawa semakan semula perjanjian Soviet-Malaysia diperlukan bagi mengambil kira perubahan dalam keadaan ekonomi semasa di kedua-dua negara.

-- BERNAMA-TASS  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan