DUNIA > BERITA

VIETNAM AIRLINES LANCAR PENERBANGAN TERUS ANTARA HANOI DAN PHNOM PENH, KEMBOJA

28/10/2024 05:31 PM

PHNOM PENH, 28 Okt (Bernama-Xinhua) -- Vietnam Airlines melancarkan penerbangan terus antara Phnom Penh, Kemboja, dan Hanoi, Vietnam, menurut kenyataan akhbar pada Isnin, lapor Xinhua.

Penerbangan sulung berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada petang Ahad dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada hari yang sama, dengan masa penerbangan terus hanya 1 jam 55 minit, menurut kenyataan itu.

Pada masa ini, Vietnam Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Vietnam yang mengendalikan penerbangan terus antara Phnom Penh dan Hanoi. Sebelum ini, penumpang yang melakukan perjalanan dari Hanoi ke Phnom Penh terpaksa transit di Vientiane, Laos, dalam penerbangan trans-Indochina syarikat penerbangan itu.

Menurut kenyataan itu Vietnam Airlines akan mengendalikan laluan ini empat kali seminggu - pada Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad - menggunakan pesawat Airbus A321.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan