DUNIA > BERITA

ANGKA KEMATIAN ANJING LAUT CASPIAN DI KAZAKHSTAN MENINGKAT KEPADA 300

30/10/2024 05:56 PM

MANGISTAU (Kazakhstan), 30 Okt (Bernama-Kazinform) -- Bilangan anjing laut yang ditemukan mati di luar pantai Laut Caspian di wilayah Mangistau, Kazakhstan telah meningkat kepada sekitar 300 daripada kiraan awal lebih 150 ekor.

Menurut Agensi Berita Kazinform, sebanyak 289 bangkai anjing laut Caspian ditemukan dari 24 hingga 29 Okt hasil pemantauan yang dijalankan oleh badan jemaah pemeriksa lembangan antara wilayah Zhaiyk-Caspian dalam perikanan bersama kakitangan Institut Hidrobiologi dan Ekologi.

Pemangku ketua badan jemaah pemeriksa perikanan wilayah Mangistau, Andrei Rudskiy berkata pemantauan masih diteruskan.

Menurut beliau, punca kematian anjing laut itu akan diketahui selepas ujian makmal.

Terdahulu dilaporkan bahawa lebih 150 bangkai anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Caspian di wilayah Mangistau akibat angin ribut barat pada 23 Okt.

Sebelum ini juga dilaporkan bahawa 40 bangkai anjing laut Caspian ditemukan terdampar di pantai Laut Caspian di wilayah Mangistau pada Mac dan hampir 80 pada April tahun ini.

Ahli ekologi Adilbek Kozybakov menyuarakan kebimbangan terhadap kematian besar-besaran anjing laut Caspian, mengaitkannya dengan kekurangan kawalan sebenar.

Untuk rekod, negara itu telah menyenaraikan anjing laut Caspian ke dalam buku spesies terancamnya pada 2020.

-- BERNAMA-KAZINFORM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan