DUNIA > BERITA

EKONOMI DIGITAL SINGAPURA BERKEMBANG MAJU

30/10/2024 08:56 PM

HANOI, 30 Okt (Bernama-VNA) -- Ekonomi digital Singapura menyumbang 17.7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2023, meningkat daripada 17.3 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

IMDA menyatakan bahawa ekonomi digital Singapura berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 11.2 peratus dari 2018 hingga 2023, hampir dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK nominal dalam tempoh yang sama.

Nilai ekonomi digital Singapura terdiri daripada nilai tambah sektor maklumat dan komunikasi, serta angka nilai tambah daripada pendigitalan merentasi seluruh ekonomi.

Ekonomi digital Singapura juga menggalakkan pertumbuhan pekerjaan dalam sektor teknologi, dengan bilangan pekerjaan meningkat sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 208,300 pada 2023, menurut VNA.

Permintaan terhadap sumber manusia berkualiti tinggi dalam bidang teknologi terus meningkat tahun lepas walaupun syarikat lebih berhati-hati dalam pengambilan pekerja.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan