MANILA, 7 Nov (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Khamis mengumumkan bahawa ia meluluskan pembiayaan sehingga hampir US$1.7 bilion bagi membantu membina lebuh raya sepanjang 37.5 kilometer di sepanjang tasik terbesar di Filipina untuk mempromosikan kesalinghubungan serantau, lapor Xinhua.
The Laguna Lakeshore Road Network Project (LLRN) bertujuan menyediakan laluan jalan paling tahan lasak dalam koridor pengangkutan selatan Manila serta mengurangkan masa perjalanan pada waktu puncak antara Bandar Taguig di Metro Manila dan Bandar Calamba di wilayah Laguna sebanyak 25 peratus.
Menurut ADB, sebahagian daripada lebuh raya baharu ini merangkumi jambatan dan jejambat, memberi manfaat kepada kira-kira 3.47 juta penduduk di sepanjang tasik dan kawasan berdekatan serta memperbaiki akses ke pasaran dan perkhidmatan awam.
Sokongan ADB kepada LLRN akan dilaksanakan melalui kemudahan pembiayaan pelbagai tranche yang terdiri daripada dua pinjaman, iaitu pinjaman tranche pertama bernilai US$1.2 bilion dan pinjaman tranche kedua bernilai US$509.5 juta.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial