DUNIA > BERITA

MARTABATKAN PENGUBATAN TRADISIONAL DI PERSADA DUNIA

05/12/2024 03:10 PM

BEIJING, 5 Dis (Bernama-CMG) -- Hendaklah memartabatkan pengubatan tradisional di persada dunia dan meningkatkan capaiannya dalam perkhidmatan kesihatan rakyat.

Demikian seruan yang dibuat dalam Perisytiharan Beijing yang diwartakan pada Persidangan Pengubatan Tradisional Sedunia 2024 yang menutup tirai di sini pada Rabu.

Menurut perisytiharan berkenaan, pengubatan tradisioal yang kompleks dan berlatarbelakangkan budaya yang pelbagai, memerlukan kaedah pengajian yang khas. Peningkatan ketersambungan pengubatan tradisional dalam perkhidmatan sistem kesihatan kebangsaan tidak terlepas daripada jaminan dan sokongan jabatan kerajaan.

Para hadirin persidangan terbabit bersepakat untuk mengambil langkah seperti terus memasyarakatkan konsep, pengetahuan dan amalan tentang pengubatan tradisional, menyusun dan melaksanakan agenda pengajian keutamaan dalam senario global, di samping mendorong peningkatan ketersambungan antara pengubatan tradisional dengan pengubatan moden.

Pada majlis penutupan persidangan itu, Jabatan Pentadbiran Pengubatan Tradisional Kebangsaan China (NATCM) melancarkan sejumlah rancangan penyelidikan saintifik antarabangsa dan sebahagian program tentang pertukaran sumber manusia dan peningkatan keupayaan.

Selain itu, saranan untuk menubuhkan persekutuan pengubatan tradisional global juga dikemukakan pada persidangan itu, demi menjalinkan jaringan rakan antarabangsa yang lebih erat.

Sebanyak 129 ceramah dan 13 dialog diadakan semasa berlangsungnya persidangan anjuran bersama China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu, yang dihadiri lebih 3,000 pegawai kerajaan, wakil pertubuhan antarabangsa, pakar dan cendekiawan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan