WASHINGTON, 19 Jan (Reuters) -- Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Ahad, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi, sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.
TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.
Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.
"Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini," kata Trump menerusi media sosial.
-- REUTERS
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial