DUNIA > BERITA

CMG LANCAR PERTANDINGAN OLAHRAGA ROBOT ANJING

28/02/2025 02:04 PM

BEIJING, 28 Feb (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) melancarkan pertandingan olahraga robot anjing edisi pertama di Beijing pada Khamis.

Kejohanan itu dianjurkan sebagai segmen pembuka tirai Pertandingan Kemahiran Robotik Sedunia CMG.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam majlis pelancaran berkata industri robotik adalah indikator penting untuk menilai taraf inovasi teknologi serta sektor pembuatan maju di sesebuah negara.

Menurut beliau China merupakan antara pengeluar dan pengguna robot yang terbesar di dunia.

Shen berharap acara berkenaan dapat mendorong teknologi pintar terus berkembang demi kebaikan dan kesejahteraan manusia, selain menyumbang kepada pembinaan negara yang maju dalam bidang teknologi.

Pertandingan itu menarik penyertaan pasukan penyelidikan robotik yang unggul dari seluruh dunia untuk memaparkan hasil inovasi teknologi berkenaan secara menyeluruh.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan