DUNIA > BERITA

CHINA BERTINDAK BALAS TERHADAP PENINGKATAN TARIF AS

05/03/2025 02:21 PM

BEIJING, 5 Mac (Bernama-CMG) -- Kementerian Perdagangan China bersama dengan Suruhanjaya Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara mengumumkan sejumlah tindakan balas terhadap Amerika Syarikat (AS) yang beralasan isu Fentanyl menaikkan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan China yang dieksport ke negaranya di sini pada Selasa.

China memutuskan untuk menyenaraikan 10 syarikat AS termasuk TCOM sebagai entiti yang tidak boleh dipercayai.

Sebelum ini, syarikat Illumina, Inc. dari AS sudah dimasukkan ke dalam senarai tersebut pada 4 Feb lalu, dan turut dilarang mengeksport kelengkapan penjujukan gen ke China.

Sementara itu, sebanyak 15 entiti AS termasuk Leidos sudah dimasukkan ke dalam senarai kawalan eksport, dan sebarang aktiviti eksport berkaitan yang sedang berlangsung mesti dihentikan serta-merta, menurut Kementerian Perdagangan China.

Pada hari yang sama, Suruhanjaya  Peraturan Tarif  Kastam Dewan Negara mengumumkan akan mengenakan tarif tambahan ke atas sebahagian produk yang diimport dari AS bermula 10 Mac, iaitu mengenakan tarif tambahan 15 peratus ke atas daging ayam, gandum, jagung dan kapas, manakala 10 peratus ke atas sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, produk akuakultur, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu.

Dalam pada itu, Jurucakap Kementerian Perdagangan memaklumkan bahawa China telah memfailkan dakwaan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung langkah AS menaikkan tarif ke atas barangan China yang dieksport ke negaranya.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan