DUNIA > BERITA

KOREA SELATAN TUBUH PASUKAN KHAS, PERIKSA KEROSAKAN AKIBAT INSIDEN BOM

07/03/2025 12:41 PM

POCHEON (Korea Selatan), 7 Mac (Bernama-Yonhap) -- Pihak berkuasa tempatan dan tentera Korea Selatan menubuhkan pasukan khas bersama pada Jumaat bagi menilai kerosakan harta benda serta tahap keselamatan susulan insiden bom di sebuah kampung di utara negara itu minggu ini. 

Kira-kira 100 pegawai dari perbandaran Pocheon dan pihak tentera memulakan pemeriksaan di kawasan yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, sehari selepas dua jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom ke kawasan terbabit ketika latihan.

Sehingga kini, 58 isi rumah melaporkan kerosakan harta benda. 

Pemeriksaan keselamatan itu diketuai pegawai dari kerajaan wilayah Gyeonggi dan Kementerian Pertahanan, yang akan memeriksa pemasangan elektrik, peralatan gas dan struktur bangunan bagi memastikan ia selamat untuk didiami. 

Proses pemeriksaan dijangka selesai selewat-lewatnya penghujung hari ini. 

-- BERNAMA-YONHAP 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan