DUNIA > BERITA

KEMENTERIAN LUAR NASIHATKAN RAKYAT MALAYSIA BERWASPADA DI SELATAN THAILAND

09/03/2025 05:45 PM

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang melancong atau menetap di wilayah selatan Thailand, termasuk Pattani, Yala dan Narathiwat, dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad turut menyarankan rakyat Malaysia menangguhkan semua lawatan yang tidak penting ke wilayah berkenaan buat masa ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia boleh mendapatkan bantuan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla yang terletak di No. 4, Jalan Sukhum, Daerah Muang, Wilayah Songkhla, Thailand.

Mereka boleh menghubungi konsulat di talian +6674 311 062 atau +6674 316 274, manakala bagi kes kecemasan, talian hotline disediakan di +6693 657 0707 atau melalui e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my untuk bantuan lanjut.

Kementerian itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau situasi dengan rapi dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan susulan kejadian letupan bom di Pekan Sungai Golok, Narathiwat, pada petang semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan