BEIJING, 14 Mac (Bernama-CMG) -- Pertemuan antara China, Rusia dan Iran akan diadakan di Beijing pada Jumaat sebagai usaha diplomatik China dalam menyelesaikan isu nuklear Iran, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.
Beliau berkata pertemuan itu bertujuan untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi antara pelbagai pihak terlibat, menyediakan syarat bagi penyambungan semula dialog isu berkenaan.
Mao menyatakan bahawa China sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menegaskan isu nuklear Iran perlu diselesaikan menerusi saluran politik dan diplomatik demi mengekalkan sistem kawalan nuklear antarabangsa serta mempromosikan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat.
"Dalam situasi ketika ini, pelbagai pihak terlibat harus bertenang untuk mengelakkan situasi nuklear daripada meningkat malah menimbulkan konfrontasi atau konflik.
"China berharap semua pihak terlibat agar bergerak sehala, meningkatkan keyakinan, menghapuskan kesalahfahaman supaya menjadikan penyambungan semula rundingan realiti," kata Mao dalam sidang media di Beijing pada Khamis.
Rundingan antara China, Rusia dan Iran yang diadakan di sini dipengerusikan Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu dan turut disertai Naib Menteri Luar Rusia Ryabkov Sergey Alexeevich serta Naib Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi.
Mereka akan bertukar-tukar pendapat tentang isu nuklear Iran dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial