BEIJING, 18 Mac (Bernama-CMG) -- China komited untuk mengembangkan penjenamaan program bantuan luar yang melibatkan bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Li Ming berkata projek usaha sama mengenai ekonomi digital dan ketersambungan pintar akan terus dilaksanakan.
Beliau memaklumkan bahawa China membantu 15 negara termasuk Pakistan, Laos, Mesir dan Uganda serta pertubuhan antarabangsa dalam membangunkan pelbagai kemudahan digital seperti telekomunikasi, jaringan Internet, pengangkutan pintar, satelit dan sebagainya.
Tanzania merupakan contoh negara yang dilengkapi infrastruktur jalur lebar menerusi projek rangkaian tetulang yang dilaksanakan atas bantuan China.
"Di Tanzania, bayaran bil telefon dan Internet kini masing-masing menurun sebanyak 58 peratus dan 75 peratus.
"Penduduk tempatan khususnya mereka dari kawasan terpencil boleh menikmati kemudahan jaringan yang lebih baik," kata Li dalam sidang media di sini pada Isnin.
Beliau menambah bahawa China bergiat aktif dalam memupuk bakat digital untuk negara membangun, dengan melancarkan hampir 300 kursus latihan bertema digital seperti Bengkel Luban yang turut menawarkan latihan berhubung AI.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial