DUNIA > BERITA

CHINA, PERANCIS SEDIA KUKUH KOORDINASI, TEGAKKAN AMALAN MULTILATERAL

20/03/2025 02:36 PM

BEIJING, 20 Mac (Bernama-CMG) -- China bersedia untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan Perancis dan mengukuhkan penyelarasan strategik selain bersama-sama menegakkan multilateralisme jitu.

Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu ketika berbual dengan penasihat diplomatik kepada Presiden Perancis, Emmanuel Bonne menerusi panggilan telefon pada Selasa.

Wang yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, berkata China sudi bersinergi dengan Perancis untuk meningkatkan koordinasi, menjaga orde perdagangan angarabangsa serta memastikan rantaian perindustrian dan bekalan global kekal stabil.

Beliau turut menyatakan pendirian menolak hegemoni unipolar serta amalan meletakkan kepentingan sendiri di atas kepentingan bersama negara-negara lain.

Wang menekankan perlunya bertindak untuk mengelakkan dunia daripada kembali kepada undang-undang rimba.

Sementera itu, Bonne berkata Perancis menentang perang perdagangan dan perang tarif, serta bersedia menyelesaikan pergeseran perdagangan dengan China menerusi rundingan.

Menurut beliau, pihaknya komited untuk menggalakkan hubungan dagangan Perancis-China serta Eropah-China ke arah seimbang dan mampan, di samping menyumbang kepada pemeliharaan sistem dagangan global yang bersandarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan