DUNIA > BERITA

KERJASAMA ASEAN-CHINA RANCAK, KOMUNITI BERKONGSI NASIB MAKIN KUKUH

25/03/2025 06:54 PM

BEIJING, 25 Mac (Bernama-CMG) -- Melalui perkembangan hubungan rakan kerjasama pada lebih 30 tahun yang lalu, ASEAN dan China mengekalkan momentum yang kuat dan dinamik dalam memupuk perkongsian sehingga mencapai hasil yang substantif.

Demikian dinyatakan Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Jakarta baru-baru ini.

Menurut Kao mekanisme kerjasama ASEAN-China yang menjangkau luas dalam 64 item meliputi tiga tunjang Komuniti ASEAN dan pembinaan kesalinghubungan ASEAN. Dilihat dari keseluruhan, China sebagai satu daripada 11 rakan dialog ASEAN mempunyai mekanisme kerjasama yang paling banyak dengan blok itu.

Kenyataan bersama Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China ke-27 yang diadakan di Vientiane, Laos pada 10 Okt 2024, mengumumkan berakhirnya perundingan tentang Zon Perdagangan Bebas ASEAN-China versi 3.0.

"Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China Versi 3.0 akan menyediakan lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang bukan konvensional seperti e-niaga. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi digital, China dan ASEAN akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam aspek ini."

"Menaik taraf perjanjian kawasan perdagangan bebas dua hala kepada versi 3.0 akan membawa manfaat yang lebih besar kepada perusahaan kedua-dua pihak, memudahkan perdagangan, mengurangkan halangan perdagangan antara kedua-dua pihak, dan juga memacu pemodenan dalam landskap urus niaga ASEAN-China," kata Kao.

"Kesejahteraan rakyat sentiasa dijadikan satu keutamaan di ASEAN, yang berpaksikan rakyat dan berpandukan kepentingan rakyat. Saya percaya begitu juga di China. Pencapaian matlamat ini bergantung pada perkongsian, dan kita tidak boleh mewujudkannya dengan hanya menggunakan kekuatan sendiri. Terdapat sejumlah isu global pada masa kini yang memerlukan lebih banyak kolaborasi dan penyelarasan di peringkat antarabangsa dan serantau. Maka, adalah sangat penting bagi ASEAN dan China bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib,” tambah beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan