DUNIA > BERITA

VANDALISME TERHADAP TESLA LEBIH TERUK DARIPADA SERANGAN CAPITOL - TRUMP

22/03/2025 10:40 PM

"Apabila saya melihat bilik pameran itu terbakar dan kereta itu, bukan satu atau dua, tetapi tujuh, lapan, 10 terbakar, meletup di merata tempat. Ini adalah tindakan engganas," kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

"Apa yang terjadi pada  6 Jan, bukan seperti ini," katanya, merujuk kepada rusuhan Capitol pada 2021, apabila penyokongnya menyerbu bangunan itu dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya yang menyaksikan kekalahan Trump.

Trump ketika itu menghasut orang ramai dengan dakwaan tidak berasas bahawa keputusan pilihan raya itu adalah penipuan.

Kenderaan Tesla semakin menjadi sasaran vandalisme di AS, didorong oleh kemarahan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Musk, yang kini mengetuai pembersihan besar-besaran kerajaan persekutuan AS bagi pihak Trump walaupun tidak memegang jawatan politik rasmi.

Trump menyeru mereka yang bertanggungjawab didakwa sebagai pengganas domestik dan memberi amaran yang mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun. "Individu ini akan ditangkap...dan mereka akan didakwa," katanya.

Antara tindakan pertama Trump selepas memegang jawatan untuk penggal kedua pada Januari adalah mengampunkan mereka yang disabitkan kesalahan atas serangan ke atas Capitol termasuk perusuh ganas yang menyerang pegawai polis dan pelampau sayap kanan yang membantu mengatur serangan itu.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan