DUNIA > BERITA

WHO KONSISTEN JANA IMPAK SOSIAL CEGAH DAN RAWAT PENYAKIT TB - PENG

25/03/2025 06:54 PM

BEIJING, 25 Mac (Bernama-CMG) -- Pencapaian yang ketara boleh disaksikan dalam pencegahan penyakit tuberkulosis (TB) di peringkat global hasil usaha berterusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa. Lebih mengagumkan, 79 juta nyawa berjaya diselamatkan sejak 2000.

Perkara itu dinyatakan Profesor Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping yang juga Duta Muhibah Pencegahan dan Rawatan TB & AIDS WHO ketika menyampaikan ucapan kepada telesidang Hari TB Sedunia 2025 semalam.

Telesidang anjuran WHO bertema "Komitmen, Peruntukan, Tindakan" itu berperanan penting bagi menjana impak sosial dalam menangani cabaran dalam bidang kesihatan awam yang berisiko menyebabkan TB dan memperjuangkan usaha menoktahkan penyakit itu.

Menurut Peng, TB yang disenaraikan dalam skim "Kesihatan China" menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pencegahan penyakit itu. China konsisten dalam mendorong perkembangan teknologi pencegahan TB sehingga mewujudkan kadar penyembuhan pesakit TB kekal di paras 90 peratus ke atas.

"Menghapuskan ancaman penyakit TB merupakan aspirasi bagi kita semua. Saya bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha pencegahan TB supaya dapat menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi kesihatan sesama insan," kata Peng.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan