DUNIA > BERITA

KEBANYAKAN NEGARA ARAB SAMBUT AIDILFITRI PADA AHAD

30/03/2025 08:47 AM

ISTANBUL, 30 Mac (Bernama-Anadolu) -- Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.  

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan pada Sabtu.

Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan pada Ahad.  

Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.  

Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Isnin susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.  

Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha.  

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan