DUNIA > BERITA

LE PEN AKAN LAWAN KEPUTUSAN SEKAT PENCALONANNYA SEBAGAI CALON PRESIDEN

01/04/2025 05:28 PM

PARIS, 1 April (Bernama-dpa) -- Ikon sayap kanan Perancis, Marine Le Pen, berikrar untuk mempercepatkan proses rayuan bagi membolehkan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2027 selepas disabitkan kesalahan penyelewengan dana pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Saya tidak akan membiarkan diri saya disingkirkan begitu sahaja," kata Le Pen kepada penyiar TF1 selepas keputusan mahkamah itu yang melarangnya bertanding jawatan awam selama lima tahun.

Le Pen berkata beliau akan menggunakan segala saluran undang-undang yang ada untuk mencabar keputusan itu bagi membolehkannya "mempertimbangkan pencalonan dalam pilihan raya presiden."

Sekiranya gagal, Le Pen memberi bayangan bahawa Jordan Bardella, pemimpin Parti Perhimpunan Nasional berusia 29 tahun itu boleh menjadi calon presiden menggantikannya.

"Jordan Bardella adalah aset besar kepada parti, dan saya telah mengatakan perkara itu sejak sekian lama," katanya.

"Saya berharap kami tidak perlu menggunakan kelebihan ini lebih awal daripada sepatutnya," katanya lagi.

-- BERNAMA-dpa
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan