DUNIA > BERITA

CHINA IKRAR AMBIL LANGKAH TEGAS LINDUNGI KEPENTINGAN DIRI

08/04/2025 05:12 PM

BEIJING, 8 April (Bernama-CMG) -- China menyuarakan bantahan keras susulan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengugut mengenakan tarif tambahan sebanyak 50 peratus ke atas barang diimport dari China.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) berkata China akan mengambil tindakan balas tegas untuk mempertahankan kepentingan sendiri jika tarif berkenaan dikuatkuasakan.

Menyentuh tarif timbal balik AS, jurucakap itu berkata pelaksanaannya tidak berasas sama sekali dan merupakan amalan buli sepihak yang tipikal.

Justeru langkah balas yang diambil China adalah wajar demi melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara serta orde perdagangan antarabangsa.

Jurucakap itu mengulangi bahawa tiada pemenang dalam perang perdagangan dan amalan perlindungan pasti menemui jalan buntu.

AS digesa supaya membetulkan perbuatan yang salah serta-merta, membatalkan semua tindakan tarif sepihak menyasar China dan menyelesaikan perselisihan dengan China menerusi dialog berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan