BEIJING, 11 April (Bernama-CMG) -- Menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi bahasa Melayu dijadual bersiaran di media arus perdana Malaysia, termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 14 April.
Program itu menghimpunkan petikan daripada karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memfokuskan kepada visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, inovasi dalam pemeliharaan budaya, perlindungan biodiversiti, interaksi dan saling belajar sesama tamadun dan lain-lain.
Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), program berkenaan memaparkan kebijaksanaan Presiden Xi dalam mentadbir negara dan komitmen beliau yang mengabdikan diri berkhidmat untuk rakyat.
Sebagai wakil utama negara membangun dan ekonomi baru muncul di Asia, hubungan China-Malaysia amat besar maknanya dari segi strategik. Ia bukan sahaja berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, tetapi juga nasib dan masa depan rantau berkenaan.
Dalam program itu, mutiara kata terpilih seperti 'segala yang tumbuh hidup dalam keharmonian dan manfaat daripada penyuburan alam' memperlihatkan komitmen China untuk menggalakkan interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza, serta kesediaannya menawarkan bimbingan ke arah mencapai pembangunan bersama.
Program itu akan menjadi jendela kepada khalayak Malaysia untuk memahami falsafah pentadbiran Presiden Xi dan resipi kejayaan tadbir urus China pada era baharu, selain merasai kedinamikan negara Tembok Besar dalam memajukan pemodenan bercirikan sendiri.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial