SEOUL, 13 April (Bernama-Yonhap) -- Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan dibicarakan pada Isnin atas pertuduhan mengetuai pemberontakan, hanya 10 hari selepas dilucutkan jawatan ekoran pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember lalu.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijangka memulakan prosiding pada 10 pagi waktu tempatan esok, manakala Yoon sebagai tertuduh diwajibkan hadir ke mahkamah, lapor agensi berita Yonhap.
Yoon merupakan bekas presiden kelima Korea Selatan yang dibicarakan dalam kes jenayah.
Sekiranya disabitkan bersalah atas tuduhan mengetuai pemberontakan, Yoon boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial