NEW DELHI, 15 April (Bernama) -- Maldives telah meluluskan undang-undang yang melarang warga Israel daripada melawat negara itu.
Presiden Mohamed Muizzu mengesahkan pindaan kepada Akta Imigresen Maldives selepas diluluskan oleh Majlis Rakyat pada Selasa.
Peruntukan itu secara jelas melarang kemasukan individu yang memegang pasport Israel ke Maldives, menurut Pejabat Presiden dalam satu kenyataan.
“Ratifikasi ini mencerminkan pendirian tegas kerajaan sebagai respons terhadap kekejaman berterusan dan genosid yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.
Maldives sebelum ini lantang bersuara menentang serangan genosid yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan