DUNIA > BERITA

HARI BAHASA MANDARIN PBB 2025 SEMPENA FESTIVAL KLIP VIDEO CMG KE-5

17/04/2025 02:44 PM

GENEVA, 17 April (Bernama-CMG) -- Hari Bahasa Mandarin PBB 2025 sempena Festival Klip Video Seberang Laut Kumpulan Media China (CMG) ke-5 telah diadakan di Palais des Nations yang merupakan Pejabat PBB di sini pada Selasa.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya menerusi video menyatakan bahawa tema aktiviti tahun ini ialah "Kembara di China".

Shen yang juga Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berharap aktiviti itu dapat menarik lebih ramai rakan luar negara ke China untuk melawat dan meneroka peluang yang sesuai serta kondusif bagi membina masa depan yang lebih cerah.

"Kami bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan di peringkat global, saling belajar dan menghormati, melangkah bersama ke arah masa depan yang lebih baik, bertamadun dan penuh dengan peluang demi merancakkan landskap komuniti berkongsi nasib sesama insan", kata Shen.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva, Tatiana Valovaya mengajak semua pihak menyemarakkan semangat “beraksi”, bekerjasama dengan menghormati kepelbagaian peradaban dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik.

Aktiviti kali ini bertujuan mengajak rakan-rakan dari pelbagai negara untuk merakam kisah pengembaraan mereka di China melalui klip video.

Program itu disertai oleh kira-kira 300 orang wakil dan diplomat peringkat tinggi dari kira-kira 50 negara, termasuk Rusia, Serbia, Pakistan, Qatar, Cameroon dan Bolivia serta wakil dari pertubuhan dan agensi antarabangsa.

Aktiviti anjuran bersama CMG dengan Misi Tetap China di Geneva dan Pejabat PBB di Geneva itu merupakan edisi kelima sejak penubuhannya pada 2021.

Pengumpulan karya klip video itu bermula pada 10 April lepas dan dijangka berlangsung hingga akhir Mei, dan seterusnya keputusan panel juri bakal diumumkan pada Jun.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan