DUNIA > BERITA

ISRAEL TERUS HALANG PENGAGIHAN BANTUAN KEMANUSIAAN DI GAZA - PBB

17/04/2025 06:53 PM

RAMALLAH, 17 April (Bernama-WAFA) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Stephanie Tremblay jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB dalam sidang media berkata bantuan kemanusiaan tidak memasuki Gaza sejak hampir dua bulan dan menegaskan keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.

Beliau berkata para petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang semalam untuk dilaksanakan.

Menurut PBB, sekatan yang dikenakan oleh pihak pendudukan terhadap akses bantuan kemanusiaan menjejaskan keupayaan membekalkan ubat-ubatan ke hospital, sekali gus membahayakan lebih ramai pesakit.

Sejak 2 Mac, pihak pendudukan menyekat kemasukan bekalan penting termasuk makanan dan air ke Semenanjung Gaza selepas menutup pintu masuk sempadan, menyebabkan bencana kemanusiaan dan memburukkan lagi krisis kebuluran.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan