SINGAPURA, 19 April (Bernama) -- Tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 28 hingga 47 tahun ditahan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura pada Jumaat kerana disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun, menurut kenyataan polis pada Sabtu.
Apabila dihampiri, sampan itu bertindak memecut menuju ke arah perairan Malaysia.
“Pegawai pengawal pantai kemudian bertindak mengejar sampan berkenaan yang kemudiannya melakukan beberapa pergerakan berbahaya selain turut melanggar bot PCG sebanyak dua kali sebelum berjaya dihentikan.
“Dua lelaki dari sampan terjatuh ke laut akibat insiden itu, namun berjaya naik semula ke atas sampan,” menurut kenyataan itu.
Seorang anggota PCG dilaporkan mengalami cedera ringan.
Selain ditahan kerana menceroboh, lelaki berusia 28 tahun yang mengemudi sampan itu juga disiasat atas kesalahan lain, termasuk navigasi secara melulu dan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sampan dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial