DUNIA > BERITA

200 TETAMU MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA JAKARTA

28/04/2025 10:20 PM

JAKARTA, April 28 (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin pada Isnin menjadi tuan rumah kepada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia dihadiri seramai 200 tetamu yang terdiri daripada para pemimpin Kerajaan Indonesia dan diplomat asing.

Antara tetamu khormat yang telah menyerikan majlis ini termasuklah Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Prof Abdul Mu’ti, Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Ahmad Muzani, Timbalan Menteri Luar  Arif Havas Oegroseno dan Ketua Badan Penyelenggaraan Jaminan Produk Halal Dr H. Ahmad Haikal Hassan.

Majlis turut dihadiri oleh mantan-mantan menteri kabinet, anggota dewan perdagangan dan industri, wakil-wakil syarikat, parti-parti politik, media dan organisasi masyarakat tempatan.

Para hadirin menikmati hidangan tradisional Malaysia seperti sate, rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih, bersilaturrahim bersama dengan dendangan lagu-lagu Aidilfitri Malaysia klasik dan moden.

Majlis rumah terbuka berlangsung meriah dengan penuh keakraban dan berjaya mengeratkan lagi semangat persaudaraan muhibbah di antara Malaysia dan Indonesia serta komuniti diplomatik di Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan