Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 6 Mei (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.
Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.
Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, menurut Pusat Kawalan Operasi Pengurusan Bencana (Pusdalops PB) Bandar Padang Panjang.
“Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan pusat itu, sambil memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial