NEW YORK, 9 Mei (Bernama-QNA) -- Tiga sekolah UNRWA di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki telah diserbu oleh tentera Israel lengkap bersenjata, memaksa lebih 550 pelajar meninggalkan bilik darjah, kata Ketua Pesuruhjaya Agungnya Philippe Lazzarini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Lazzarini menerusi hantaran di platform X menyifatkan serbuan itu sebagai “serangan terhadap kanak-kanak dan pendidikan” serta “pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.”
“Akibatnya, UNRWA terpaksa memindahkan semua kanak-kanak di enam sekolah yang dikendalikannya di Baitulmuqaddis Timur,” katanya.
Beliau turut mengesahkan seorang kakitangan UNRWA telah ditahan.
“Kini, hampir 800 kanak-kanak perempuan dan lelaki – ada yang berumur seawal enam tahun – mengalami kejutan dan trauma,” tambah Lazzarini.
-- BERNAMA-QNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial