SINGAPURA, 15 Mei (Bernama-CMG) -- China dan Singapura mengadakan latihan ketenteraan bersama "Exercise Maritime Cooperation 2025" di perairan sekitar Singapura dari 9 hingga 16 Mei ini.
Menurut rancangan latihan, kapal angkatan laut kedua-dua negara akan berlepas dari Pangkalan Tentera Laut Changi pada Rabu, menuju ke kawasan latihan yang ditetapkan untuk latihan operasi hidup (live-action) selama dua hari.
Subjek latihan itu termasuk melepasi zon ancaman periuk api air, latihan penembakan ke atas sasaran di laut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama dan sebagainya.
Sejak latihan ketenteraan kali ini dilancarkan pada 9 Mei, kedua-dua pihak mempertahankan prinsip pragmatik dan berkecekapan tinggi, mengadakan tiga kali mesyuarat untuk mengoptimumkan rancangan. Latihan kali ini memperlihatkan tanggungjawab yang digalas oleh kedua-dua pihak demi mempertahankan keselamatan perairan.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial