BEIJING, 30 Sept (Bernama-CMG) -- Peruntukan kewangan China dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada 2024 meningkat 8.9 peratus tahun ke tahun, dengan peningkatan RMB3.63268 trilion (RM2.15 trilion).
Menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara (NSB) China pada Isnin, kadar pertumbuhan purata bagi bidang R&D di negara ini mencatat 10.5 peratus bagi tempoh 2021-2024, lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan, serta berada di barisan depan antara pelbagai entiti ekonomi utama di peringkat dunia.
China menduduki tempat kedua dunia dari segi jumlah kumulatif peruntukan kewangan dalam bidang R&D, menurut Ketua Ahli Statistik Bahagian Sosial, Sains dan Budaya NBS, Zhang Qilong.
Secara lebih terperinci, peruntukan kewangan pada 2024 dalam penyelidikan asas meningkat 10.7 peratus kepada RMB250.09 bilion (RM148 bilion); pengajian aplikasi naik 17.6 peratus kepada RMB430.55 bilion (RM255 bilion); manakala perkembangan ujikaji meningkat 7.6 peratus kepada RMB2.95 trilion (RM1.75 trilion).
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial