BEIJING 8 Oktober (Bernama-CMG) -- China bersedia bekerjasama dengan Korea Selatan untuk memperkukuh rasa saling percaya, mengelakkan gangguan, memperdalam kerjasama dan menyumbang kepada kejayaan satu sama lain bagi memelihara keamanan dan kemakmuran serantau.
Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan Cho Hyun pada Selasa.
Wang berkata Korea Selatan akan menjadi tuan rumah mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi edisi tahun ini sementara China pula pada tahun hadapan.
Kedua-dua pihak harus mengukuhkan solidariti dan kolaborasi, memelihara sistem perdagangan antarabangsa, menegakkan multilateralisme dan memajukan proses pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), kata beliau.
Sementara itu, Cho menyatakan bahawa Korea Selatan akan mengambil peluang daripada mesyuarat APEC berkenaan untuk memudahkan pertukaran di peringkat tinggi antara kedua-dua negara dan mempertingkat kerjasama.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial