DUNIA > BERITA

KAPAL MIKENO DINAIKI ARDELL TIDAK BERGERAK, MUNGKIN PESERTA DIPINDAHKAN KE DARAT- SNCC

03/10/2025 12:25 AM

SEPANG, 2 Okt (Bernama) --  Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kapal Mikeno yang membawa aktivis Malaysia Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana telah dipintas tentera Israel dan kini dikesan tidak lagi bergerak.

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pihaknya percaya pempengaruh media sosial itu bersama peserta lain di atas kapal berkenaan telah dipindahkan ke darat selepas lebih 20 jam tidak dapat dihubungi.

"Berdasarkan pemantauan melalui sistem penjejak dan maklumat diterima, kapal Ardell kini dilihat tidak lagi bergerak.

"Kemungkinan, pertama ialah kapal berkenaan sudah tidak bergerak manakala kemungkinan kedua, mereka masih berada di atas kapal tetapi dalam proses pemindahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas dakwaan kapal itu telah menghampiri pantai Gaza kerana berada paling hadapan dalam flotila dan berdekatan perairan wilayah itu, Sani Araby berkata pihaknya menolak spekulasi berkenaan berdasarkan maklumat dan pola tindakan yang pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya percaya kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan dipindahkan ke darat dalam masa terdekat untuk tujuan soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel.

"Namun, ketika ini kita belum dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan