DUNIA > BERITA

PASARAN FILEM CHINA CATAT KUTIPAN MEMBERANGSANGKAN

08/10/2025 04:55 PM

BEIJING, 8 Okt (Bernama-CMG) -- Jumlah keseluruhan kutipan tiket filem (termasuk prajualan) di China sempena cuti Hari Kebangsaan 2025 dicatat melebihi 1.7 bilion yuan (RM1 bilion) setakat petang Selasa.

Statistik turut menunjukkan kutipan tiket filem di seluruh negara bagi 2025 mencecah 42.502 bilion yuan (RM25.11 bilion), melebihi paras yang direkod sepanjang tahun lepas.

Hasil kutipan filem yang memberangsangkan turut menjana pasaran perbelanjaan domestik sempena cuti panjang selama lapan hari.

Aplikasi mudah alih “peta tiket filem” yang dilancarkan pada 30 September membolehkan para penonton menikmati diskaun ditawarkan kedai makan dan minum di kawasan sekitar 12,000 buah panggung wayang di seluruh negara.

Di samping itu, Pentadbiran Perfileman China (CFA) dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) bersama-sama menganjurkan aktiviti “Travel with Films” yang mengetengahkan lokasi penggambaran filem sebagai destinasi lawatan, sekali gus membantu memacu sektor pelancongan tempatan.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan