ISTANBUL, 12 Okt (Bernama-Anadolu) -- Tiga diplomat Qatar maut dalam kemalangan jalan raya di bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Ahad.
Dua lagi diplomat cedera apabila kenderaan yang membawa delegasi itu terbabas ketika melalui jalan utama di wilayah Sinai Selatan.
Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di laluan antara Sharm el-Sheikh dan Taba.
Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Antarabangsa Sharm el-Sheikh, manakala yang cedera dikejarkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
Sharm el-Sheikh akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak keamanan antarabangsa pada Isnin, yang akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan penyertaan lebih 20 negara.
Sidang kemuncak itu bertujuan “menamatkan perang di Semenanjung Gaza, memperkukuh usaha bagi keamanan dan kestabilan di Asia Barat serta fasa baharu bagi keselamatan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial