DUNIA > BERITA

PAVILION CHINA MENANG ANUGERAH EMAS DI EKSPO DUNIA OSAKA

13/10/2025 05:14 PM

OSAKA, 13 Okt (Bernama-CMG) -- Pavilion China di Ekspo Dunia Osaka 2025 memenangi anugerah emas kategori reka bentuk pameran pavilion  bersaiz besar yang diberikan oleh Biro Pameran Antarabangsa (BIE) di sini, pada Ahad.

Ini kali pertama China meraih Anugerah Emas Reka Bentuk Pameran dalam ekspo dunia yang diadakan di luar China.

Bertemakan "Bina Komuniti Hidupan untuk Manusia dan Alam - Masyarakat Masa Depan dalam Pembangunan Hijau", pavilion China di Ekspo Dunia Osaka mempamerkan kebijaksanaan ekologi tradisional yang lahir daripada tamadun China selama 5,000 tahun, mengetengahkan falsafah dan prestasi pembangunan hijau China pada era baharu ini, di samping menggambarkan visi indah China untuk berganding bahu dengan negara-negara lain ke arah membina komuniti hidupan untuk manusia dan alam.

Timbalan Presiden Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Li Qingshuang berkata bahawa pavilion China telah menerima sebanyak 1.9 juta pengunjung antarabangsa sejak ia dibuka pada 13 April lepas.

Ia juga menjadi satu daripada pavilion yang paling popular di Ekspo Dunia Osaka.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan